*disclaimer awal awal. ada adult language? so sila tolak ansur
We started the day with breakfast dekat Kedai Cikgu dekat dengan rumah, food was good. Then to kill some time sementara tunggu Miker Pizza balik rumah balik untuk ambik HDMI. Sebenarnya malas dah nak ambik. Tapi ambik jugak, and I am glad for that.
Lepastu terus luncurrr masuk highway. Sebab banyak tempat nak singgah, tunggu pizza je dah banyak bazir masa.
Sampai KL terus jumpa Adriana sebab nak ambik kek batik. Thanks Na! Sumpah sedap aku tau aku puji banyak kali. Wa tak tipu. Also thank you untuk staff meal kau. Oh ya dekat sini jugak la jumpa Nish. Walau last semester sama-sama dekat Tapah. We rarely met sebab aku pulak rajin ulang alik macam mana.
Sumpah rindu gila jumpa Nish. Habis je pickup kek batik, terus shoot ke Aeon Big. Waktu ni sampai pun dah pukul tiga. Patutnya pukul tiga dah sampai Qowiy Village. Dalam sejam jugak la cari barang. Dah buat list pun tak cukup woi '~'.
Habis kat Aeon dalam pukul empat, nak ke Qowiy je lagi sejam. Tambah hujan lebat, we arrived at five-ish. Tapi jalan nak ke sana sangat tenang. Tak banyak pembangunan. Sangat vibe kampung.
Sampai-sampai aku terus hug Shabil & Awal. God I missed them so much. Setelah unload segala mak nenek, kami pun munch on Miker Pizza. Sejuk pun sedap.
Habis makan around six kot? Oh lepastu ada preview game untuk malam kejap. Then semua tukar baju masuk pool. Nasib ada tiga group kat sana. So tak penuh pun pool. Sejam lepastu naik balik.
Walaupun kuyup masing-masing, terus hidupkan api untuk bakar bakar. Gaduh jugak la ngan Ameer cara nak hidupkan bara. Sudahnya masuk dalam, mandi. Settle masalah.
Habis mandi, keluar je ayam sikit lagi, sosej dah mula bakar. Time ni dah around 8.30-ish. Dats when we realised lupa beli sos dan air manis. Aku cakap dah kat Nish waktu kat aeon tadi suh beli air, member pulak tak amik.
We habis makan dan kemas-kemas dalam kul 10. Gitu. Dah semua kat dalam, Awal cakap dia dengar hujan. Yela dia atas katil double decker tingkat atas. Bumbung pulak macam kanvas banner. Memang dengar la. Aku tak percaya yang hujan.
Sampaila ribut tolak khemah jiran ke dinding kami. And that is when things are serious. Kami jemur baju mandi. Dekat khemah. Kat luar. Bila keluar je bilik khemah dah terbalik...
Luckily baju selamat dan semua barang dah bawak masuk dalam. Dalam 10.30 malam gitu, we start the game. Dan macam-macam terjadi.
Cukup untuk tau yang aku sampai hampir terpaksa ban the word 'dih'. It was hectic, horny i guess. Tapi best la.
Lepastu ada pillow talk dengan Nish sikit sebelum tido. Member risau nak intern dekat big 4. Pwc rasanya. So dia pun tanyala pasal audit, dan macam-macam dekat "akauntan" tak bertauliah ni.
Habis day 1
Pagi tu dikejutkan dengan Awal menggoncang kaki aku. Kaki yang sakit tu. Rasa je tapi sikit. Aku biar jela. Nak tido lagi senanye. Pastu member try berbisik pulak.
Side track sikit, malam tu we discovered the physics? Magic? Of that room. Sebab shape dia macam dome, kami boleh dengar orang bercakap clear gila walau bukan sebelah kami. So itu apa yang Awal buat jugak. Sorry Awal malas bangun 😅 ...
Resepi nasi tu tengok tiktok je. Walau tak cukup garam, makan la jugak. Sambal mami sedap je. Lepastu kamj ni pantang. Dengar bunyi orang jual Aiskrim, lahh membeli.
Habis makan we prepare untuk pack dan checkout. Since Paan tak dapat karaoke, terus cari tempat karaoke terdekat. Kita satisfy semua orang punya request.
Dari hulu langat nak keluar jauh jugak. Sebab far from everywhere. Tempat karaoke tu 40 minutes dari Qowiy. Adalah adegan berbahaya sikit atas highway. Sorry ibu test doa ibu...
From Umi, kami pergi Zus dulu sebab aku perlu something to keep me awake. Dekat Zus je lama. Lepastu dah habis dekat Zus, kami masuk highway. Apa jadi tah, sekali terlepas simpang. Terus tambah lagi sejam before masuk highway. Sebab jem balik kerja Ya Allah. Kami sampai Sungai Buloh dalam kul 7 gitu.
Sampai je, aku gi toilet ngan Ameer, pastu gi surau sebab nak solat Asar ngan Zohor. Habis solat, baru update dalam group yang kami sampai Sungai Buloh. Nish pulak kata dia baru gerak. Memang tak sempat jumpa. Nasib dah peluk tadi.
Alang alang tu kami tunggu maghrib terus. Habis je solat aku masuk kereta sebab bak cepat sampai. Yela dari pagi en. Badan dah barai habis. Sekali Ameer order sate pulak. We gerak dalam kul 8 gak la.
Dalam first 30 minutes tu aku bawak laju gak. Yela sebab nak lepas Rawang dan nak sampai awal. Situ banyak kereta. Dan sekali lagi. Mengetest doa ibu. Ampun Ibu. Tembus doa ibu sampai langit.
Sampai Tanjung Malim tu aku relax sikit dah. Waktu tu still lapar tu. So exit je highway, terus target KFC. Then balik. Sampai rumah pelahap, settlekan diri dan tido.
Sekian cerita pasal staycation. Aku just harap ada lagi next time sebab 2 hari 1 malam tak cukup. Saya perlukan lebih masa dengan rumah saya.



.jpg)

.jpg)



.jpg)




.jpg)


.jpg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan