Translate

Explore Other Pages!

Attention Seeking Posts!

11 Ogos 2026

Bedah Lirik - Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan

Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan
Penyanyi:Elly Mazlein
Penulis Lirik: Lukhman S.
Komposer: Azmeer
*sumber: Diskograf
 
Lagu nyanyian Elly Mazlein ini menjadi saksi adanya sedikit kesalahfahaman antara dua jiwa yang ingin memenangkan hatinya.. 
 
 
Lagu ni menjadi peneman waktu ada sedikit kesalahfahaman dengan seorang kawan. Pada waktu itu setiap bait lirik bagai menjawap dan membenarkan segala isi hati. 

Seperti bait lirik 

"Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri"
 
Kemarahan hati ini akhirnya reda dan segala ego diletakkan ditepi.

Lirik Penuh

Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan

Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu


Bedah Lirik kali lambat ada beberapa hal dan sebab mental blocking sikit. Jadi gaya penulisan akan lebih santai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan