Ghaibmu
Penyanyi: Imran Ajmain
Penulis Lirik: Imran Ajmain
Komposer: Imran Ajmain
Lagu
ini hadir pada masa yang tepat dalam hidup saya. Pada saya lagu ini ada satu nyawa yang hanya memahami akan merasai. Lagu ini merupakan salah satu lagu daripada album Dengan Secara Kebetulan.
Mengikut interpretasi saya, lagu ini berkisah cinta yang ditinggalkan. Lebih kurang seperti lagu Semalam. Tetapi lagu ini lebih menceritakan keredaan dan menoktahkan perasaan.
Lagu ini mungkin ditulis mengenai cinta. Tetapi saya lebih dekat dengan lagu ini mengenai persahabatan. Lagu ini hadir kepada saya selepas suatu situasi yang mengelirukan saya. Lagu ini saya dapati didatangkan dengan pantun 4 kerat.
"Kelip-kelip ku sangka api,
"Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya"
Persahabatan itu boleh merasa panjang dalam masa yang singkat, andai ianya disulami dua roh yang saling bergantung, atau hanya satu roh yang saling bergantung? 14 minggu yang singkat dihiasi bermacam-macam memori, foto ghaib menjadi bukti. Tetapi jika tidak dihargai, apa pun yang jadi akan menjadi basi.
Saya selalu menganggap datang dengan cara baik, pergi dengan cara baik. Tetapi itu anggapan saya, bukan untuk semua orang

Lirik Penuh
Biar ghaib mu suatu misteriTiada ku mencari sebarang pembayang lagiBiar ia bertanda tanya sajaHati ku dah lama bertitik noktah
Biar biarlah berlaluBiar biarlah begituBiar waktu mengubat rinduTiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biarlah mereka tertanya tanyaHati ku dah lama berganti arah
Biar biarlah berlaluBiar biarlah begitu
Mana pergi janjiSetia di sisiHanya aku yang tertunggu tungguWaktu pun berjalanTak berkesempatanKau hilang tanpa pesanan
Biar biarlah berlalu ohBiar biarlah begituBiar ghaib mu suatu misteriTiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Hantaran kedua untuk Bedah Lirik ini ditulis lebih awal, kerana saya mempunyai perkara lain yang perlu diuruskan pada hujung minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan